Pagi tadi waktu scroll Twitter tetiba ada kawan tweet
pasal ada accident depan KAED tadi.
Agak terkejut sebab rare sangat ada accident teruk
sampai macam tu.dan paling mengejutkan
itu adalah kemalangan maut.
Kemalangan tersebut melibatkan makcik cleaner
dengan bas rapidKL.
Innalillah ,makcik tu tak dapat diselamatkan.
Baca dari IIUM Online and dengar cerita kawan
Bas RapidKL tu nak potong bas satu lagi,
the maybe wrong timing makcik tu lintas
then bas tak sempat nak break then langgar and
gilis makcik tu.kejadian berlaku kira-kira 6.30am tadi.
takutnya saya..aku pun pejalan kaki tegar kat uia ni.
kepada para2 pengguna jalan raya di sekitar UIAM
dan juga mana-mana pun,hati-hati okay?
yang jalan kaki tu,toleh kanan toleh kiri before lintas.
yang bawa kenderaan pulak,tayah nak laju2 sangat la
dalam kampus ni.bumper beriban pun tak guna
juga kalau kita tak take caution and also
tak consider dengan surrounding.
Be considerate to other road user.
kalau dah nampak orang nak melintas,slow2 la sikit.
kalau dah nampak ada kereta laju,sabar la dulu nak melintas.
Moga roh makcik tu dicucuri rahmat.
banyak keberkatan meninggal hari jumaat dan juga pada bulan Ramadan.
So kawan2,hati2 okay?
this might sound cliche tapi INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG!
photo courtesy : Acap dan Syahmi .
Twitter : @YuFakhrullah
Facebook:


1 comment:
innalillah.. semoga rohnya dicucuri rahmat.. :'(
Post a Comment